ITS ALL ABOUT STUDY
06 December 2011 | 1:02 AM | 2 comments
Assalamualaikum peeps :)
Malam ni , aku start study macam time sekolah yang lepas . Dah berapa lama aku tak pegang buku , rasa sedikit janggal . Aku cuma takut if aku lupa apa yang aku dah belajar time form 4 ni , sebab tu perlunya buat revision . Even tak banyak , sikit pun jadilah .
Okay , malam ni aku buat addmath . Alhamdulillah , tak banyak yang aku lupa and boleh buat . Sempat jugak nak habis kan 2 chapter awal . Aku memang minat mathematics , tapi mathematics tak minat dekat aku . Haha . By the way , hari ni aku ada buat time table baru for this holidays . Tak sampai 1 bulan lagi nak masuk 2012 . Tahun tulah aku ada peperiksaan besar , SPM . Aku nak capai ambition yang aku dah angan-angankan . Aku nak jadi dentist weh :D Tapi , bukan senang doh nak jadi doktor . Result pun at least 8A 1B , tu diahh . Mau pengsan nenek aku kot-2 aku dapat result gempak macam tu , HAHA . But , that is not easy man ! Kau kena struggle gila-gila time study . I admitted that yang aku sendiri pernah failed dalam exam , subjek addmath tu . Sumpah wa cakap lu , time cikgu addmath nak bagi paper masing-masing dah tadah tangan supaya janganlah failed . Aku pegang je tangan kawan aku si Hajar tuu , boleh rasa sejuk memasing punya tangan . Hakhak . Aih , tergelak aku ingatkan masa sekolah dulu .
Eh , berbalik pasal time table aku . Isnin sampai Ahad penuh dengan subjek yang patut aku buat revision . Aku study dalam 4 jam every night . Cukup lah tu kan , aku tak boleh tengok buku lama-lama sebab nanti buku tu yang tengok aku . Haha . Waktu online pun , aku dah kurangkan . Jap , aku tak ingat pulak berapa lama masa dia . Haa ! 1 jam setengah je kot tak silap . Hmm , terpaksa lah korbankan masa online . Plus , bukannya soalan pasal Facebook yang keluar dalam exam macam ni :
1- Siapa pengasas Facebook ?
2- Dia makan berapa kali sehari ?
3- Dia dah kentut ke belum ?
4- Atok dia pandai buat shuffle ke tak ?
Nenek diaaa ! Kalau macam ni lah soalan dalam exam tu kan , tuptup aku letak tangan atas meja and kasi taruk itu kepala diatasnya and tido . Haha . Bukannya dia dapat tentukan masa depan aku . Eh , sekarang dah pukul berapa weh ? Alamak ! Aku dah langgar time sepatutnya aku tido . Err , dah lah . Belakang aku pun dah sakit , bontot pun dah tak dapat nak tahan duduk atas kerusi ni lama-lama . Good night peeps .
Ya Allah , aku nak dapatkan 9A+ dalam SPM 2012 , AMIN ~






